Kelab REKA mengalu-alukan kunjungan ahli-ahli ke laman blog rasmi Kelab REKA AIMM ini. Blog ini akan dikemaskini setiap masa sebagai makluman terkini aktiviti dan program kelab. Anda dijemput untuk menulis komen dan cadangan agar Kelab REKA mengetahui kehendak tuan/puan sebagai ahli. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Isnin, 11 April 2011

Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kelab REKA 2/2011

Beberapa keputusan diperolehi dan antaranya :
1. Penetapan kadar sumbangan kelab untuk kebajikan ahli
2. Pertandingan bowling
3. Jualan cenderahati semasa Majlis Tamat Kursus Induksi 29 April 2011
4. Ibadah Korban Tahun 2011 anjuran kelab
5. Lain-lain program jangka panjang.

Rabu, 6 April 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KELAB REKA 2/2011

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kelab REKA 2/2011 akan diadakan pada ketetapan  berikut :-

Tarikh : 11 April 2011
Masa  : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama
             Bangunan Akademik AIMM


Agenda yang akan dibincangkan adalah :-
1) Laporan Perancangan Biro Sepanjang Tahun 2011
2) Perancangan Kejohanan Bowling Tertutup AIMM
3) Pembentangan Laporan Kewangan Berakhir 31 Mac 2011

Oleh yang demikian, mohon kerjasama daripada semua Pengerusi Biro supaya menyediakan perancangan yang detail untuk dibincangkan di dalam mesyuarat kelak. Biro yang masih lagi belum membuat lantikan AJK Biro, diminta untuk berbuat demikian dengan kadar segera. Semua AJK Induk juga diminta untuk membawa minit mesyuarat 1/2011 ketika menghadiri mesyuarat.Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih

Setiausaha Kehormat Kelab REKA.

Jumaat, 1 April 2011

Cadangan Ahli

Ahli Kelab Encik Zainal Abidin ada mencadangkan aktiviti go-kart sebagai salah satu aktiviti kelab. Cadangan akan dibawa ke mesyuarat dan dicadangkan kepada Biro Sukan dan Rekreasi. Terima kasih Encik Zainal Abidin

Penyata Kewangan Berakhir 31 Mac 2011

Baki di Bank     : RM13,920.92
Baki di Tangan  : RM 877.60*
JUMLAH         : RM 14,798.52

 * Termasuk bayaran sewa kiosk + yuran + bayaran pemandu ke rumah Tn. Khairi

Khamis, 31 Mac 2011

Zaireen binti Mohd Nor

Kelab REKA dan ahli-ahlinya merakamkan ucapan perpisahan buat Puan Zaireen binti Mohd Nor. Tahniah dan selamat bertugas di tempat baru.

Bayaran Sewa Kiosk REKA

Kelab REKA merakamkan ucapan terima kasih kepada Encik Zainudin Sulong kerana telah membayar sewa kiosk sebanyak RM1,000.00 bagi bulan mac.

RUMAH KELAB REKA

Ahli-ahli yang kelapangan boleh mengunjungi Rumah Kelab. Pengerusi Biro Sukan & Rekreasi akan meletak beberapa games seperti dart dan karom di rumah kelab. 

Terima kasih AIMM

1 comments:


AIMM said...

salam 1 akidah..buat pertama kalinya biro pendidikan dan agama telah ditubuhkan oleh JK kelab pada mesyuarat kali pertama. dengan ini ahli jawatankuasa kecil biro telah pun dilantik dan merupakan antara ahli yang paling ramai. mudah-mudahan ianya menjadi satu lambang kekuatan dalam memantapkan perjalanan aktiviti biro & kelab.



March 30, 2011 11:55 PM

Rabu, 30 Mac 2011

YURAN TAHUNAN

Kelab REKA ingin memaklumkan bahawa Bendahari dan wakilnya kini sedang menjalankan tugas mengutip yuran tahunan Kelab REKA sebanyak RM20.00 tiap seorang. Sama-samalah kita memastikan Kelab REKA bagi sesi kali ini lebih berjaya.

Pengumuman

Laman blog ini telah ditambahbaik dengan ruangan berita biro-biro... Selamat surfing.

Buat Setiausaha Kelab REKA dgn ingatan berpanjangan...



Serasa diri ini
Terpinggir di batas nan sepi
Tak sesiapa menemani
Di dalam sepi itu
Kembali ku mengingati mu
Lalu hati jadi rindu
Aku terperangkap dalam diri
Aku terperdaya oleh mimpi
Aku dikejari bayang-bayang
Keterpaksaan menyiksakan
Lama ruang hati kekosongan
Lama ku menangis sendirian
Lama hanyalah hitungan masa
Tak terluntur kenangan indah
Di antara kita
Di dalam sepi itu
Bertakhta bayangan dirimu
Mencengkam sanubariku

Mesyuarat Biro Ekonomi REKA

Biro Ekonomi Kelab REKA akan bermesyuarat pada 30 Mac 2011 bertempat di bilik Tn Aznor jam 3.00 petang. Ahli Jawatankuasa Kecil Biro adalah dijemput hadir.