Kelab REKA mengalu-alukan kunjungan ahli-ahli ke laman blog rasmi Kelab REKA AIMM ini. Blog ini akan dikemaskini setiap masa sebagai makluman terkini aktiviti dan program kelab. Anda dijemput untuk menulis komen dan cadangan agar Kelab REKA mengetahui kehendak tuan/puan sebagai ahli. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Rabu, 6 April 2011

MESYUARAT JAWATANKUASA INDUK KELAB REKA 2/2011

Dimaklumkan bahawa Mesyuarat Jawatankuasa Induk Kelab REKA 2/2011 akan diadakan pada ketetapan  berikut :-

Tarikh : 11 April 2011
Masa  : 9.00 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama
             Bangunan Akademik AIMM


Agenda yang akan dibincangkan adalah :-
1) Laporan Perancangan Biro Sepanjang Tahun 2011
2) Perancangan Kejohanan Bowling Tertutup AIMM
3) Pembentangan Laporan Kewangan Berakhir 31 Mac 2011

Oleh yang demikian, mohon kerjasama daripada semua Pengerusi Biro supaya menyediakan perancangan yang detail untuk dibincangkan di dalam mesyuarat kelak. Biro yang masih lagi belum membuat lantikan AJK Biro, diminta untuk berbuat demikian dengan kadar segera. Semua AJK Induk juga diminta untuk membawa minit mesyuarat 1/2011 ketika menghadiri mesyuarat.Kerjasama daripada pihak tuan/puan amatlah dihargai.

Sekian, Terima Kasih

Setiausaha Kehormat Kelab REKA.