Kelab REKA mengalu-alukan kunjungan ahli-ahli ke laman blog rasmi Kelab REKA AIMM ini. Blog ini akan dikemaskini setiap masa sebagai makluman terkini aktiviti dan program kelab. Anda dijemput untuk menulis komen dan cadangan agar Kelab REKA mengetahui kehendak tuan/puan sebagai ahli. Terima kasih atas kerjasama yang diberikan.

Rabu, 30 Mac 2011

POT LUCK

Terima kasih kepada Staff Admin yang berusaha menganjurkan 'Pot Luck' bagi meraikan rakan kita Zaireen.

Terima kasih atas komen anda....

1 comments:


azzue said...

REKA bertuah kerana pengerusi kali ni seorang yg berpengalaman dan banyak idea..d bantu plak oleh ahli jawatankuasa yang sy kira hebat2 belaka...



kpd tn.Che Daud, agi idup agi ngelaban



March 28, 2011 5:47 PM

Jumaat, 25 Mac 2011

Cadangan

Sebarang cadangan untuk menjayakan aktiviti Kelab REKA boleh dikemukakan kepada Ahli Jawatankuasa yang ada. Terima kasih

Khamis, 24 Mac 2011

Pelantikan Jawatankuasa Biro Ekonomi

Pengerusi : Amirul Nazrin
Tim. Pengerusi : Harun
Ahli J/Kuasa : Aznor Hisham
                      Saipul Hanim
                      Jenysham
                      Zamran
                      Hasrunnafi

Pelantikan Jawatankuasa Biro Sukan & Rekreasi

Pengerusi : Zulfadli
Ahli J/kuasa : Mohd Shahrul Nisha
                     Mohd Faiz
                     Hairul Sani
                     Dayang Maziah
                     Norlia Masran
                     Faridah Hanum
                     Veloo
                     

Pelantikan Jawatankuasa Biro Pendidikan & Agama

Pengerusi: Amirol Allif
Ahli Jawatankuasa : CC Ku Yusoff
                               Zainal Abidin
                               Saiful Hisham
                               Sharul
                               Jasmi Shamsuddin
                               Nur Rishidah
                               Asiah Sa'at
                               Siti Noor Azura
                           

PENGEMASKINIAN DATA DAN REKOD AHLI

Untuk makluman semua Ahli Kelab REKA, pengemaskinian data ahli dan juga ahli kehormat sedang dibuat. Borang keahlian akan diedarkan kepada semua ahli untuk diisi dengan lengkap. Mohon kerjasama semua ahli melengkapkan borang tersebut dan mengemukakannya kepada En. Rosley bin Mohd Yusoff. Borang keahlian ini amat penting kepada Kelab kerana data-data yang diperlukan telah tercatat di dalam borang tersebut. Ianya juga dapat membantu biro-biro khususnya Biro Kebajikan dan Sosial  merancang aktiviti untuk ahli. Sehubungan dengan itu, kerjasama daripada semua ahli amatlah diharapkan.....

Selasa, 22 Mac 2011

Selamat Pengantin Baru Kepada Tuan Khairi (Mantan PP Pentadbiran AIMM)

Pada 13 Mac 2011 yang lalu, Tuan Khairi telah selamat mendirikan rumah tangga dengan gadis pujaan hatinya. Kelab REKA mengucapkan tahniah kepada beliau. Sempena majlis kenduri di sebelah pengantin lelaki maka Kelab REKA telah menyediakan kemudahan pengangkutan dengan jasa baik Tuan P/AIMM.

Perancangan 2011....

Jawatankuasa Induk akan membuat pindaan kepada Perlembagaan Kelab REKA sepertimana diusulkan oleh ahli-ahli di dalam Mesyuarat Agung Kelab pada 10 Mac yang lalu. Antara pindaan yang akan dimajukan ke Jabatan Pendaftar Pertubuhan adalah seperti berikut:

  • Kadar yuran ahli
Di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bil 1/2011, beberapa perancangan awal turut dibuat:
  • Surat Pelantikan Penaung
  • Perancangan Biro-biro sepanjang 2011
Antara lain mesyuarat menyentuh:
  • Hari Keluarga REKA 2011
  • Lawatan menaiki Star Cruise di Port Kelang
  • Karnival Sukan AIMM
  • Sumbangan Kebajikan
  • Sumber Pendapatan REKA

Pemantapan Biro-biro

Jawatankuasa Induk Kelab REKA di dalam mesyuarat jawatankuasanya pada 18 Mac 2011 telah memutuskan untuk memantapkan lagi biro-biro. Di antara perubahan ketara di dalam rombakan ini adalah penjenamaan semula biro-biro seperti di bawah:

  • Biro Ekonomi
  • Biro Pendidikan & Agama
  • Biro Sosial & Kebajikan
  • Biro Sukan dan Rekreasi

Mesyuarat Agong Kelab REKA 2011/2012

Pada 10 Mac 2011 yang lalu, Mesyuarat Agong Tahunan Kelab REKA telah diadakan. Beberapa muka baru dan lama digabungkan dalam pemilihan oleh ahli-ahli kelab. Sila Klik 'Senarai Ahli Jawatankuasa' untuk maklumat lanjut.

Pengerusi Kelab REKA 2011/2012 dan Ahli Jawatankuasa Induk turut merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Mantan Pengerusi Encik Basri bin Hj Othman yang telah memberi sumbangan besar kepada kelab dan ahli-ahli.

Rentetan Sejarah REKA 2010

Kelab REKA telah mengadakan beberapa aktiviti. Di antaranya adalah:
1. Jamuan Hari Raya di PD Golf & Country Resort
2. Karnival Sukan AIMM
3. Klinik Golf
4. Lawatan ke Singapura
5. Lawatan ke Bukit Kayu Hitam, Haadyai dan Songkhla
6. Tahlil dan Yasin